Sunday, January 8, 2012

Pengajaran untuk aku

Semalam aku drive kereta amer, memang Allah nak bagi ujian kat aku, aku nampak roundabout clear, tibe2 keta da berlanggar.. Mmg Allah gelapkan mata aku masa tu, aku mmg tak nampak kewujudan kereta tu.. Aku rasa macam mimpi je semua yang jadi.. Aku kecewa dengan diri aku sebab leka dan lalai.. Aku sedih sebab abah yang terpaksa tanggung kos repair dua2 kereta tu.. Aku rasa bersalah kat abah, tapi aku tak mampu nak tanggung seorang.. Aku perlukan abah masa ini..

Abah, mimi mintak maaf mimi susahkan abah.. Mimi buat abah susah hati..

Aku taktau apa aku kena buat sekarang.. Aku rasa nak lari balik rumah and mintak maaf kat abah n mak dan aku nak sentiasa ada dengan diorg.. Diorg je orang yang betul2 faham aku and even diorg marah pon, diorg takkan buang aku n tetap syg aku.. Tak putus doa untuk aku supaya aku jadi orang yang berguna.. Aku tau.. Aku tau.. Aku betul2 mintak maaf.. Mungkin hikmahnya berlaku semua ni Allah nak tunjuk yang aku terlalu leka berkawan dengan amer sampai kadang2 aku ketepikan abah dan mak.. Antara anak2 abah, akulah anak dia yang paling banyak buat masalah.. Aku yang banyak buat abah pening kepale.. Abah, maafkan mimi..

Esok aku ada exam tapi aku tak rasa aku mampu study and jawab exam esok.. Aku taktau mcm mana nak hilangkan kecelaruan yang bersarang kat hati dan minda aku.. Aku buntu..

Aku nak solat nak baca quran untuk tenangkan hati tapi keadaan tak mengizinkan.. Aku betul2 serabut.. Ya Allah, tolong tenangkan fikiran aku.. Ya Allah, tolong lenyapkan susah hati yang bersarang dalam hati abah dan mak.. Tolong tenangkan hati mereka supaya aku juga tenang di sini.. Ya Allah bantulah aku sesungguhnya hanya pada Mu sahaja tempat aku mengadu dan meminta pertolongan.. :(

Abah mak, maafkan mimi..